Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sheikh Sadiqi dalam khutbah Jumaat minggu ini berkata, "Pengganas ISIS yang wujud akibat reaksi serantau yang cuba memaksa Perdana Menteri baru terpilih dalam pilihanraya, Nouri al-Maliki menghadapi ancaman-ancaman melalui senjata Takfiri. Namun Arab Saudi, Qatar, UAE, Kuwait dan Mesir tidak terkecuali dari ancaman tersebut dan negara-negara ini juga bakal terjerumus dalam lubang yang mereka gali sendiri.
Sambil menyifatkan bahawa kumpulan pengganas Takfiri menjadi alat bagi Barat, beliau berkata, "Islam dengan solat harian yang didirikan setiap hari lebih 60 kali menegaskan tentang sifat pemurah dan penyayang, bagaimana mungkin pembunuhan wanita dan kanak-kanak, serta penyebaran gambar-gambar jenayah ini dilakukan dengan atas nama Islam dan Jihad?"
Shaikh Sadiqi menambah, "Sesungguhnya Jihad di dalam Islam ialah memelihara nilai agama dengan cara rasional dan toleransi untuk semua orang dengan mempertahankan dari segala gejala-gejala."
Beliau meneruskan, "Sesungguhnya musuh-musuh takut dengan Islam dan mereka telah melihat perang suci (mempertahankan Iran dalam serangan Iraq) serta fatwa-fatwa jihad yang dikeluarkan oleh ahli-ahli fikah, mereka cuba memutar belitkan isu jihad melalui penciptaan kumpulan-kumpulan Takfiri ini."
Khatib solat Jumaat mendedahkan bahawa agenda utama Barat ialah melemahkan dunia Islam bagi memastikan keselamatan entiti Israel. Katanya lagi, "Melalui perselisihan dan perbalahan, pihak musuh memuaskan dasar politik mereka melalui perpecahan dan penaklukan".
Sheikh Sadiqi berkata, "Mereka tidak ingin kita bersatu dengan membiarkan kita sibuk berselisih faham di kalangan masing-masing, kemudian lalai terhadap bahaya identiti Israel yang tidak diketahui batasnya".
Selain itu, menurut beliau objektif Barat dalam memicu perselisihan di kalangan muslimin ialah mendorong mereka saling mengangkat senjata. Beliau mengingatkan bahawa Perancis telah mengumumkan bahawa senjatanya telah dijual sebanyak 4 kali pada tahun sebelumnya.
Beliau menyifatkan serangan ISIS ke atas beberapa kota di Iraq sebagai serangan yang amat ganas. Beliau berharap mereka yang memicu peperangan ini akan menerima akibatnya melalui api yang dicucuhnya sendiri.
Sheikh Siddiqi berkata, fatwa marja' agama telah menutup jalan bagi gerakan Takfiri yang dibentuk oleh ahli parti Ba'ath. Namun ini semua tidak mencukupi kerana seluruh negara Islam juga perlu berdiri menghadapi kumpulan ini.
20 Jun 2014 - 20:11
News ID: 617625
Khatib solat Jumaat di Tehran minggu ini Sheikh Kazim Sadiqi berkata, kumpulan pangganas ISIS adalah ciptaan Amerika. Beliau menegaskan kewujudannya mewajarkan perpecahan disamping menyebabkan umat Islam lalai tentang kewujudan identiti Zionis.